Friday, December 25, 2009

AKU KAT KEDAH!!!

sememangnye bercuti ke kedah ni satu bonus...yelah sambil buat business sambil bercuti..2 dalam satu.
kedah tak jauh beza dgn mana2 tmpt diMalaysia...tenang,,
namun ada sesuatu yang buat aku rasa tenang....

tenang bersama keluarga...lebih2 lagi anak2...
tadi ke bandar alor setar...dah survey beberapa tmpt yg nak dilawati dan bergambar...
terasa kekok pabila membeli belah di sini bila bahasa agak lain..
aku pun teragak2 bila si mamat KFC kata kupang utk sen...hehehe

seronok,,bila orang tak kenal kita,,jadi leh buat mcm2
benda gila dgn keluarga...sapa kenal...esok dah nak balik.
kah..kah...kah...

tungguu...esok akan ku cerita plak pasal bukit merah plak..

Wednesday, December 23, 2009

ALAHAI CUTI DAH NAK HABIS!!!!

hmmm.... tinggal lagi seminggu percutian indahku ini bakal habis..
2 hari lagi aku di rumah mertua...lepas tu akan ke kedah utk bercuti
aku memang x pernah pergi kedah..heheeh

sehari tido di kedah..aku akan ke bukit merah lake town resort lak..
tido sehari sebagai penamat percutian tahun ini,,,
hehehehe... segalanya akan berubah 2010...segalanya baru..fresh...semangat

ye..aku bersemangat utk semua projek yang kurancangkan.
tinggal lagi akan ku habiskan sisa 2009 dengan kenangan manis
lebih manis dari madu...mmm

moga segalanya baik-baik belaka...aku bahagia...
sangat bahagia.. yeahoooo..

Thursday, December 10, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 34 THN




BUAT MAK DAN ABAH... SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE34 TAHUN...
MOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR , JAUHKAN PENYAKIT MERBAHAYA, MURAHKAN REZEKI, PERMUDAHKAN URUSAN DAN DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI TAHUN DEPAN DENGAN TENANG DAN MABRUL..

ALONG SAYANGKAN MAK DAN ABAH LEBIH DAR NYAWA SENDIRI..
MOGA ABAH KEKAL SIHAT SETELAH MENJALANI PINTASAN JANTUNG
MAK,,, SEGALANYA DI DUNIA INI TAK DAPAT MEMBAYAR KASIH , PENGORBANAN
DAN DOA YANG TELAH DIBERI SETIAP HARI KEPADA DIRI INI..

YA ALLAH LIMPAHILAH RAHMAT DAN HIDAYAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGAKU.
AMIN..

ANAKKU KE PRA SEKOLAH!!!!



AHAKS!! TAK CAYA BEB.
anakku ZETTY AZRIANI AZWA bakal ke pra sekolah tahun depan..
sementelah barang2 keperluannya aku belikan smalam...
keh!keh! klako

pening gak nak turutkan keselesaannya..
baju kurung nak yang kain licin.. HE!HE!
dah sambar 2 helai..dah tu kasut nak jenama kiki lala gak.. macam baju dia..
aduih ,,, melaram plak...

tapi anak pertamaku kan... aku turutkan jugak...
lagipun papa dia yang bayo... he he..

MOGA ANAKKU TERANG HATI, CEMERLANG DALAM HIDUPNYA..
AMIN..

Wednesday, December 9, 2009

AKU SUDAH KEMBALI


huih lama rasanya tak update blog, maklumlah,,sibuk dgn FB. lgipun busy dgn business trip.. cari lobang baru.. heh2.. anak 2 dah merengek nak jalan masa cuti sekolah ni. tgh pikir destinasi yg bakal refreshkan otak sblm naik keje....

aku ambil keputusan tak nak jual keta pertama aku buat masa ni... bukannya kerana takde orang nak beli...tapi bila dipikir balik lagi 1 tahun abis bayar...lepastu aku sambar lah honda stream impian ku itu.. lengkap 3 buah keta termasuk gen2..hmmm takyah pening2..heh2

so..langkah berikutnya,,aku kena tambah ganti sport rim 17" dgn cover seat wira tu.. keta tahun 1977 beb... aku dah cat hitam dgn skirting... enjin dah tukar.. gear box pun dah baru... alang2 nak jual rugi..keta tu dah tip top... lama aku pikir...akhirnya ini keputusanku... sayang kat wira ku... muah... akan ku pakai kau sampai kao peroi... hehehe,,,,

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT AIDILADHA



YE YE,,,,ESOK RAYE... HISH MENGALAHKAN BEBUDAK
ESOK RAYA , TP SMALAM AKU PUAS SHOPING BAJU BEBUDAK
TERBANG 500 UTK BAJU 2 ANAK JE, DAPAT LA SORANG 2 PASANG.

HMMM... RAYE KORBAN KAN.. JADI AKU BERKORBANLAH UTK ANAK
AKU??? HMMM .. BAJU RAYE AIDILFITRI ITU HARI ADA
SEPASANG TAK PAKAI LG... BAJU TU LAH AKU REMBAT RAYE SOK...
JADILAH...SEDERHANA..

SKANG TGH SIBUK TOLONG NGEMAS UMAH MAK AKU
RAYE JB LG LAH NAMPAKNYE...
SERONOT...

PADA KENGKAWAN..SLAMAT MINUM SIRAP
EH? SLAMAT AIDILADHA , HATI-HATI BERAYA
JGN TERLEBIH MAKAN
NANTI GEMUK...

Monday, November 23, 2009

3 CARA DIDIK ANAK MASA DOLU-DOLU

Model Pendidikan
Ciri-ciri
Gaya Keras (Terlalu dikontrol)
Memerintah secara kaku tanpa memberi kebebasan
Tak ada pilihan lain, harus dituruti
“Kamu harus melakukannya, karena itu perintahku”

Gaya Lunak (Tanpa batas)
Bebas tanpa batas
Bebas memilih
“Kamu boleh melakukan apapun yang kamu mau”

Gaya Disiplin Yang Positif
Bebas tapi ada batasnya
Pilihan terbatas
“Kamu boleh memilih apapun asal dalam batas yang ditentukan”

Wednesday, November 18, 2009

MENDISIPLINKAN ANAK DENGAN CARA KREATIF



pernahkah kita terfikir anak kita mempunyai 3 ciri kreatif iaitu spontan, rasa ingin tahu dan sukakan hal yang baru?

cara yang paling baik menjadikan anak kita berdisiplin ialah
dengan mencintai semua anak kita seadilnya, jgn ada perbezaan kelak
mereka lebih pandai .

kemudian, wajib luangkan masa kita walau 10 minit sehari
hanya mendengar cerita bersungguh-sungguh, disitulah berkembangnya
pelbagai idea

sediakanlah alatan, bahan lukisan, projek seni walaupun dari bahan terbuang
(sekiranya tidak mampu) , bebaskan anak anda berkarya dan
meluahkan perasaan hatinya.

akhir sekali,, tanyalah anak anda apa yang dia rasa, apa yang dia bina
apa yang dia cita dan apa yang diingininya....

maka secara perlahan lahirlah anak kreatif
dan berdisiplin personalitinya

Saturday, November 14, 2009

bila hati dah suka

ni lah time paling gemilang dalam hidup aku
selama ni dok terpikir adakah hidup aku lebih teruk
dari rakan2 selepas U.
namun kata2 mak aku menjadi peransang
JANGAN TENGOK ORANG DI ATAS, NANTI KAU AKAN RASA RENDAH DAN KEKURANGAN
SEBALIKNYA KAU TENGOK ORANG YANG DIBAWAH KAU
MAKA BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG KAU DAPAT

hmmm... apa yang aku nak kecohkan sangat pasal
kerja yang glamer dan gah pada nama
hidup aku dah lengkap sekarang
semua aku dah ada... suami bertanggungjawab, anak sihat dan pandai,
kereta 2 bijik, rumah besar, duit simpanan dan
plan masa depan yang sedang dikerjakan...

hakikatnya aku sangat bersyukur berbanding dengan
sebilangan rakan -rakan yang lain..
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
YA ALLAH KAU PELIHARALAH HIDUP KAMI
LIMPAHILAH KAMI REZEKI YANG PASTINYA
KAMI SELALU BERKONGSI DENGAN AYAH DAN BONDA...PASTI....

Sunday, November 8, 2009

baru aku tahu...

selama ini , sepanjang hidupku, x pernah aku terfikir anak-anak
akan pergi meninggalkanku.. kini...
bila ku tatap wajah dan kaletah mereka, baru ku tersedar
WAH! dah besar rupanya mereka...

penat lelah menjaga dan mendidik semakin menyeronokkan..
tiada lagi rungutan, aku semakin sayang akan mereka..
biar tak kaya ,, tapi jangan takde anak.
cacat rasanya....

kini semakin menganjak dewasa..
tak lama lagi mereka bersama kehidupan mereka..
mampukah mereka melakukan sebagaimana ku lakukan pada mereka?
bolehkah mereka mengikut jejakku melayan orang tuaku?

fikirkannya aku jadi takut...
takut untuk menempuh dugaan itu...
tapi aku tak putus berdoa..moga Allah berikan aku anak
yang kekal baik, cerdik, hormat orang tua, sihat,
dan menjaga maruah diri, keluarga dan agama

AMIN.....

Thursday, November 5, 2009

contact balik member uitm 95



alahai...tak sangka bila termasuk fb
aku jumpa balik kengkawan lame
ada yang gemuk,,kurus,,yang tak berubah pun ada
he3
terassa nostalgia lama kembali
yeehaaa... seronok gak
cuma yang tak bestnye aku sukar
nak jumpa diaorg
maklumlah..kerja lain-lain

hidup ini umpama roda...
kadang aku rasa aku dah hilang mereka
tup-tup skang dah jumpa

memasing ada haluan sendiri
namun untuk aku rasa kecil diri
tidak sekali...hidup ini ada bahagiannya...yang berada ,,bahagialah dia
yang sederhana ada caranya
yang susah pula masih ada masa untuk mencuba....

aku seronok dengan life dan perjuanganku..
yelah..takde aku,,,tak seronoklah anak muridku..
heh3 perasan...kah3....

Tuesday, November 3, 2009

pening-pening



pejam celik da 4 bulan aku masuk umah baru
perghhh... cam x caya je
skang aku tengah pening pikir
nak decorate bahagian dlm umah

si kakak nak bilik cam princess
aku plak nak bilik bacaan cam ala2 moden
papa nak bilik serba putih
zizie nak bilik penuh dengan mainan

tu belum masuk dapur basah aku
bilik air aku nak pecah ke belakang
sumer tu perlu perancangan
dan duit...
da berpuluh majalah deko aku selak
cuma pikir nak start ruang mana dulu...

fasa pertama pengubahsuaian dah settle
skang tgh masuk bab grooming
aduih...cuti ni nampaknya aku tak cutilah jawabnya...

xpe biar penat asal selesa
kalau papa lak
biar penat asal poket bergaya
cayalah pa... he3
tabik spring kat my hubby...

Sunday, November 1, 2009

nak publish buku lak



hmmm... ni salah satu projek baeekkk 2010..
aku nak kuar 1 atau 2 buku...
mulanya nampak susah sangat ..
tapi bila ngenangkan tak cuba tak tahu
aku cuba...

benda ni bukan sumer orang berani cuba...
kalau jadik..
pergghhh riban2 royaltinya...
kan?

skang tgh rancang strategi pada 2 projek lagi...
mudah2an... aku tabah..
hedaeeee... !!!! chaiok!!!!
banzaiiiii!!!!!

Friday, October 30, 2009

jom cuti



ahaks... cuti lagi.... maklumlah cuti sekolah...
ada banyak program yang perlu aku dan hubby aturkan sepanjang cuti
semuanya antara percutian keluarga dan buat duit maso cuti!!!!
plan ini penting bagi menyambut 2010 ...

papa dah ada strategi dalam foto.... aku plak dah rancang bisnes baru ...
harap2 semuanya berjalan lancar....
kerja kuat ni tak lain ... niat aku dan hubby nak bantu orang tua kami..

yelah..kalau boleh nak gak rasa bagi cash ribu2 kat diaorg..
huih...amin...mudah2an termakbul doa kami...

anak2 dah semakin membesar depan mata....
2010... pemangkin antara aku dan hubby nak kumpul harta, nak lagi mesra,,
nak anak ceria,, nak mak dan abah sihat sejahtera,,,nak perkahwinanku kukuh,,
nak kesihatan kami utuh,,nak dapat banyak pahala,,,AMIN...

Tuesday, October 20, 2009

meh blajar wat blog



skang tengah kecoh semua nak ada blog dan face book memasing... aku pun tak terkecuali
ini peluang ketengahkan diri.. apa yang aku buat dan apa yang leh aku syer dgn korang...
skang aku dah ada blog... tinggal lagi nak perkemaskan... weiii moh kita ber bloggerrrrr... hah ,hah

Monday, October 12, 2009

DIET OHHH DIET



berat skang 58kg... tapi kategori berat lagi.. sepatutnya berat ideal 50kg... bermula hari ini aku berdiet ketat... no more NASI..
tapi kalau nak makan gak leh... 2 minggu sekali ( satu mangkuk kecik)
ikutilah diet harianku ( tahun lepas dah buat 3 bulan - turun 6 kg...heh..heh )

pagi
-minum air suam 1 gelas besar dulu
-biasanya makan berat sikit- mee ( piinggan kecik)@ roti ( +tuna =3 kpg)@ kuih ( 2masin 1manis) @ sup sayur ( ada fish ball+tauhu+saleri+lada sulah)... heh2
-minum air teh O @ milo ( yang panas tau jadi cepat kenyang )

tgh
-makan just mate 5
-sebiji epal fuji ( besar )
-air kosong 1 gelas

ptg
- minum teh @ jus ( apa -apa buah pun... kegemaranku jambu batu dan oren )
- masa ni aku terus makan malam... pastikan ia sebelum kul 6 petang
- makan sup campur ( apa2 sahaja tapi tak masin sgt, x byk lemak dan xde daging ) pastikan kuah banyak jadi kenyang
- air kosong 2 gelas

mlm
kalau lapar makan sebiji epal dan sebiji limau..
minum air kosong 1 gelas...

menu ini boleh bertukar... tapi apa2 hal pun kena disiplin... memang xde orang tahu kita menipu tapi,,,kita membodohkan diri sendiri kalau kita pun x leh ikut arahan kita sendiri... baik x yah ...

ok slmt berdiet.. chaiok!!!!!

Sunday, October 11, 2009

NAK KURUS??,, MEH JOIN


Sepanjang hidup manusia,,semua nak cantik, sihat dan badan yang seimbang beratnya.. Dari makan pil - Duromine ( memacam kesan sampingan tapi kurus ), sendayu tinggi ( aku pening dan pitam ), pergi London Weight Management ( mahal giler ), skang berat aku maintain...
tapi still kategori beratttt....
Namun... ada lagi rupanya cara yang x mahal,,,xde kesan yang pernah aku lalui,, sedap,,,x perlu kawal sampai x makan,,,JUST MATE 5.... dah 2 minggu aku makan,, hasilnya badan masih bertenaga,, mood aku pun stabil,,, tapi yang penting aku KURUS!!!!! HA..HA...HA.... tengok lagi 2 bulan... target aku 49 kg.... mudah-mudahan,,yek....

Sunday, October 4, 2009

ye.ye raye


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR BATIN.. SEPANJANG RAYA BEBUDAK YANG PALING SERONOK... AKU PUN SERONOK GAK.. MASUK UMAH BARU... SUASANA PUN BARU... JIRAN PUN BARU.... HAI... INDAHNYA HIDUP INI...
PEHAL PUN... RAYA NI BERAT BADAN AKU KEKAL.. NASIB BAIK...DAPAT MAKAN RENDANG TOK..DAN LEMANG...DI PERAK.
ZIZIE DAN WANIE..BERSERONOK ..KAH..KAH..KAH

Monday, September 14, 2009

hari raya

Tinggal lagi beberapa hari nak raya, persiapan tahun ini ala kadar sahaja,, cadangnya hanya beraya di johor, tapi mengenangkan mak mertua pun mak kita juga, aku sepakat balik perak raya ketiga... bakar lomang weiii.... saat tak dapat dilupakan...
sementelah aku ni orang johor,,pengalaman bakar lemang adalah sesuatu yang amat berharga... bak kata orang lain padang lain belalang...insyaAllah di hari mulia ini semua muslimin berada dalam keadaan sejahtera dan bahagia...
SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN.....

Sunday, September 13, 2009

air panas

first time si kakak berendam di kolam air panas tapah perak,,lihat saje wajahnya berkerut... tapi bila masuk kolam air sejuk,,, ligat macam sotong.

ingatkan raye ni nak jalan-jalan lagi... tak sabar nak tunggu hujung tahun.. jom ... kita lepak cameron highland plak...

Saturday, September 5, 2009

selamat datang

salam perkenalan pada semua.... aku ni nama je ada ijazah grafik multimedia... tapi inilah kali pertama buat blog sendiri... email dah melambak... kalau tak kerana cik abang sayang yang dah pro buat blog mahu aku nak buat jugak
rutin hidup kita semua seakan sama je,,, tapi irama nya mungkin berbeza-beza,, yelah.. belajar, bercinta, berkahwin, beranak, berusaha, bertanggungjawab, berkawan ya aku senang punya ramai kawan... berkawan... salam perkenalan ...kawan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails