Thursday, December 10, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 34 THN




BUAT MAK DAN ABAH... SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE34 TAHUN...
MOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR , JAUHKAN PENYAKIT MERBAHAYA, MURAHKAN REZEKI, PERMUDAHKAN URUSAN DAN DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI TAHUN DEPAN DENGAN TENANG DAN MABRUL..

ALONG SAYANGKAN MAK DAN ABAH LEBIH DAR NYAWA SENDIRI..
MOGA ABAH KEKAL SIHAT SETELAH MENJALANI PINTASAN JANTUNG
MAK,,, SEGALANYA DI DUNIA INI TAK DAPAT MEMBAYAR KASIH , PENGORBANAN
DAN DOA YANG TELAH DIBERI SETIAP HARI KEPADA DIRI INI..

YA ALLAH LIMPAHILAH RAHMAT DAN HIDAYAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGAKU.
AMIN..

ANAKKU KE PRA SEKOLAH!!!!



AHAKS!! TAK CAYA BEB.
anakku ZETTY AZRIANI AZWA bakal ke pra sekolah tahun depan..
sementelah barang2 keperluannya aku belikan smalam...
keh!keh! klako

pening gak nak turutkan keselesaannya..
baju kurung nak yang kain licin.. HE!HE!
dah sambar 2 helai..dah tu kasut nak jenama kiki lala gak.. macam baju dia..
aduih ,,, melaram plak...

tapi anak pertamaku kan... aku turutkan jugak...
lagipun papa dia yang bayo... he he..

MOGA ANAKKU TERANG HATI, CEMERLANG DALAM HIDUPNYA..
AMIN..

Wednesday, December 9, 2009

AKU SUDAH KEMBALI


huih lama rasanya tak update blog, maklumlah,,sibuk dgn FB. lgipun busy dgn business trip.. cari lobang baru.. heh2.. anak 2 dah merengek nak jalan masa cuti sekolah ni. tgh pikir destinasi yg bakal refreshkan otak sblm naik keje....

aku ambil keputusan tak nak jual keta pertama aku buat masa ni... bukannya kerana takde orang nak beli...tapi bila dipikir balik lagi 1 tahun abis bayar...lepastu aku sambar lah honda stream impian ku itu.. lengkap 3 buah keta termasuk gen2..hmmm takyah pening2..heh2

so..langkah berikutnya,,aku kena tambah ganti sport rim 17" dgn cover seat wira tu.. keta tahun 1977 beb... aku dah cat hitam dgn skirting... enjin dah tukar.. gear box pun dah baru... alang2 nak jual rugi..keta tu dah tip top... lama aku pikir...akhirnya ini keputusanku... sayang kat wira ku... muah... akan ku pakai kau sampai kao peroi... hehehe,,,,

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT AIDILADHA



YE YE,,,,ESOK RAYE... HISH MENGALAHKAN BEBUDAK
ESOK RAYA , TP SMALAM AKU PUAS SHOPING BAJU BEBUDAK
TERBANG 500 UTK BAJU 2 ANAK JE, DAPAT LA SORANG 2 PASANG.

HMMM... RAYE KORBAN KAN.. JADI AKU BERKORBANLAH UTK ANAK
AKU??? HMMM .. BAJU RAYE AIDILFITRI ITU HARI ADA
SEPASANG TAK PAKAI LG... BAJU TU LAH AKU REMBAT RAYE SOK...
JADILAH...SEDERHANA..

SKANG TGH SIBUK TOLONG NGEMAS UMAH MAK AKU
RAYE JB LG LAH NAMPAKNYE...
SERONOT...

PADA KENGKAWAN..SLAMAT MINUM SIRAP
EH? SLAMAT AIDILADHA , HATI-HATI BERAYA
JGN TERLEBIH MAKAN
NANTI GEMUK...

Monday, November 23, 2009

3 CARA DIDIK ANAK MASA DOLU-DOLU

Model Pendidikan
Ciri-ciri
Gaya Keras (Terlalu dikontrol)
Memerintah secara kaku tanpa memberi kebebasan
Tak ada pilihan lain, harus dituruti
“Kamu harus melakukannya, karena itu perintahku”

Gaya Lunak (Tanpa batas)
Bebas tanpa batas
Bebas memilih
“Kamu boleh melakukan apapun yang kamu mau”

Gaya Disiplin Yang Positif
Bebas tapi ada batasnya
Pilihan terbatas
“Kamu boleh memilih apapun asal dalam batas yang ditentukan”

Wednesday, November 18, 2009

MENDISIPLINKAN ANAK DENGAN CARA KREATIF



pernahkah kita terfikir anak kita mempunyai 3 ciri kreatif iaitu spontan, rasa ingin tahu dan sukakan hal yang baru?

cara yang paling baik menjadikan anak kita berdisiplin ialah
dengan mencintai semua anak kita seadilnya, jgn ada perbezaan kelak
mereka lebih pandai .

kemudian, wajib luangkan masa kita walau 10 minit sehari
hanya mendengar cerita bersungguh-sungguh, disitulah berkembangnya
pelbagai idea

sediakanlah alatan, bahan lukisan, projek seni walaupun dari bahan terbuang
(sekiranya tidak mampu) , bebaskan anak anda berkarya dan
meluahkan perasaan hatinya.

akhir sekali,, tanyalah anak anda apa yang dia rasa, apa yang dia bina
apa yang dia cita dan apa yang diingininya....

maka secara perlahan lahirlah anak kreatif
dan berdisiplin personalitinya

Saturday, November 14, 2009

bila hati dah suka

ni lah time paling gemilang dalam hidup aku
selama ni dok terpikir adakah hidup aku lebih teruk
dari rakan2 selepas U.
namun kata2 mak aku menjadi peransang
JANGAN TENGOK ORANG DI ATAS, NANTI KAU AKAN RASA RENDAH DAN KEKURANGAN
SEBALIKNYA KAU TENGOK ORANG YANG DIBAWAH KAU
MAKA BERSYUKURLAH ATAS SEGALA NIKMAT YANG KAU DAPAT

hmmm... apa yang aku nak kecohkan sangat pasal
kerja yang glamer dan gah pada nama
hidup aku dah lengkap sekarang
semua aku dah ada... suami bertanggungjawab, anak sihat dan pandai,
kereta 2 bijik, rumah besar, duit simpanan dan
plan masa depan yang sedang dikerjakan...

hakikatnya aku sangat bersyukur berbanding dengan
sebilangan rakan -rakan yang lain..
SYUKUR ALHAMDULILLAH...
YA ALLAH KAU PELIHARALAH HIDUP KAMI
LIMPAHILAH KAMI REZEKI YANG PASTINYA
KAMI SELALU BERKONGSI DENGAN AYAH DAN BONDA...PASTI....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails